Dec 30, 2014

"Ku Menjemputmu 2015"



Selamat datang 2015
Jemputlah kami dengan kebaikan dan kegembiraan.
Semoga tahun ini membuka lembaran baru kepada kami.
Membawa seribu satu makna dan harapan
hapuskan segala airmata dari tahun tahun sebelumnya


Selamat datang 2015
Semoga tahun ini memberi kami sebuah erti dalam kehidupan
Memberi perubahan kepada kami dari segenap hal
Membawa kami kematangan dalam hidup
Memberi kami semangat untuk terus melangkah


Selamat datang 2015
Dekatkanlah kami dengan nilai nilai positif
Dampinglah kami dengan insan insan yang baik hati
Semoga kami kekal dalam rahmatNYA
Maruah dan agama kami sentiasa terpelihara


Selamat datang 2015
Sinarkan kami dengan keceriaan yang pasti
Jauhkan kami dari angan-angan kosong
Lenyapkan segala kisah silam yang duka
Bahagiakan kami dengan harapan yang asli


Selamat datang 2015
Ku menjemputmu dengan ikhlas
Bawakan kami ke jalan yang diimpikan
Moga segala harapan dan niat termakbul jua
Aminn ya rabbal alamin


Ikhlas dari,
Norhazirah Mohd Sokri

Dec 2, 2014

Things to Ponder



Assalamualaikum w.b.t
Malam nie, aku letih sangat. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 9 malam tapi mata ni macam dah berat terok.  Nie kalo dapat bantal kira syurga betol dah nie.  Sambil sambil tu handset dok tak berhenti henti bunyi tanda msg masuk.  Hmm tak lain tak bukan mesti dari group group wasap yang berlambak lambak dorang add aku tu.  Malas dahla aku nk mencelah.  Nanti kalo rajin aku scroll segala msg dorang sambil lebam.  Tau tak kadang kadang aku online kt wasap tu bukan msj sape pun, tapi kan tuu dok scroll baca msj depa bersembang berjela jelaa.  Huarghhhh..


Hmmmm sebenarnyakan aku letih nie, dalam letih letih tu sempat lagi aku terfikir macam manalah aku punya masa depan kan.  Gelapkah? Cerahkah? Orenkah? Ke kelabu kelabu asap? Kalaulah ada teropong canggih yg  dapat teropong aku punya masa depan kan.  Nak jugak aku teropong sapa yg bakal jadi teman hidup aku. Pato nak teropong jugak anak aku nanti berapa orang, muka depa nanti macam mana, ada ikut muka aku tak. Kahkah tak malu betol.  Nie kalo mak aku baca mauu aku sorok muka bawah tanah nie 44hari.  kihkih Haa jangan taktahu cik hazirah ni kuat berangan.  Tapi takpee berangan ni bagus sebenarnya dia macam satu doa.  Kita setkan dalam minda, kemudian kita berusahalah kearah itu.  Lagipun berangan ni free tak payah bayar.  Allah swt Maha pemurah, dulu aku selalu berangan nak masuk universiti, nak berdikari duduk jauh jauh, nak drive sendiri, nak keja ada duit sendiri, nak support mak, nak belanja orang.  Alhamdulilllah Allah swt makbulkan.  Walaupun lambat sedikit tapi DIA tetap makbulkan pada masa yang sesuai. Bertuahnya aku.  Sebenarnya ada lagi harapan harapan aku yg Allah swt makbulkan tapi malas la aku nk share.  Private and confidential.


Bila fikir fikir balik,  ada hikmah jugak kan Allah rahsiakan masa depan kita.  Yela, kalo masing masing dah tahu apa akan jadi pada masa depan diorang jadi mana nak datangnya kemanisan hidup tu?  Suprise dalam hidup tu dah takda.  Hidup akan hambar sebabnya suma orang dah tahu corak perjalanan hidup masing masing.  Jadi,  sebagai hamba yang kerdil nie, kita hanya perlu berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal kepada Allah swt.  Sebab Allah swt is the best planner.  Apa sahaja yang Allah swt pilih dan berikan kepada kita, Maka itu adalah yang terbaik. 


Oklah, cukup kot setakat nie.  Jomlah merehatkan diri.  Tapi sebelum tido tu mari baca doa dulu, istighfar banyak banyak sambil sambil tu niat dalam hati nak jadi insan yang lagi baik esok.  Aminn. Inshaa Allah, selamat malam.

Nov 19, 2014

Sekecil kecil ujian sebesar besar rahmat





Assalamualaikum..

Apa khabar kalian disana, semoga Allah s.w.t menjaga kalian.  Walau jauh dimata tetapi dekat dihati.  Harinie hampir dua minggu dari kejadian yang aku rasa sukar untuk aku lupakan.  Bagi orang lain mungkin biasa tapi bagi aku sendiri ia luarbiasa.  Dari dulu, aku agak ketinggalan dari rakan-rakan yang lain.  Ketika rakan lain dah mula panjang kaki bawak motor kesana sini drive kereta kehulur kehilir, tapi aku masih taktahu apa apa.  Aku masih bergantung harap kepada keluarga untuk kemana-mana.  Selalunya akan ada supir yg akan menghantar dan menjemput aku.   Keluarga terutamanya mak tak yakin untuk aku drive sendiri.  Sampailah satu masa barulah aku diberi 'lesen' oleh keluarga untuk berdikari . Itupun, jenuh puas aku merayu. Ketika itu, aku rasa seperti katak yang baru keluar dari tempurung.  Aku teruja.  Dan keterujaan itu akhirnya memakan diri.

Belom pun sempat aku puas menempiaskan rasa teruja itu.  Aku terlibat dalam satu kemalangan.  Kemalangan yang aku rasa satu nikmat sihat aku telah ditarik dengan sekelip mata.  Dugaan ini menyedarkan aku bahawasanya apa yang ada pada kita didunia hanyalah pinjaman semata mata.  Syukur alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk aku menghirup udara di bumi ini.  Ketika kemalangan, orang pertama yang terlintas di fikiran aku ketika itu hanyalah orang yg paling sayang di muka bumi ini, iaitu Mak.  Dengan sekelip mata,  nikmat sihat aku telah ditarik buat seketika. 

Namun, aku tahu dugaanku ini terlampau kecil jika nak dibandingkan dengan orang lain.  Kerap kali terpampar didada akhbar, kemalangan yang telah meragut nyawa orang tersayang, ada yang menjadi balu, duda dan anak yatim dengan sekelip mata.  Malah, ada yang terpaksa menanggung kecacatan kekal seumor hidup.  Allahuakbar,  Aku malu untuk merungut.  Apalah sangat dugaan aku ni dibandingkan mereka mereka yang lain.  Aku patut bersyukur dugaan aku ni terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih dahsyat dugaannya.  Bayangkan, dengan sekelip mata ada yang kehilangan kaki untuk berjalan, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan juga tangan untuk bergerak.  Harini kita mungkin berbangga kita sempurna tetapi jangan lupa ini semua hanyalah pinjaman semata mata.  Bila bila masa sahaja,  boleh ditarik nikmat ini semua oleh sang pencipta.  Tiada yang mustahil.  Jadi, sentiasalah bersyukur.  Sekurang kurangnya Allah masih memanjangkan pinjaman DIA ini kepada kita.  Sebagai manusia biasa kita tak tahu bagaimana perjalanan hidup kita dihadapan.  Jadi, gunakanlah pinjaman ini sebaik baiknya.


Alhamdulillah, walaupun kemalangan ini kecil bagiku tetapi ia menyedarkan aku tentang banyak perkara.  Terutamanya tentang nikmat sihat. Inshaa Allah, selepas ini aku akan lebih berhati hati.

Nov 15, 2014

Wanita Syurga Bidadari Dunia

Lagu  :  Wanita Syurga Bidadari Dunia
Oki Setiana Dewi ft Shindy


Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia


Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa


 Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa




Oct 17, 2014

25 Things About Me



Syukur Alhamdulillah atas limpah kurnia yg Allah Swt berikan kpd kita.  Malam ni hujan lebat, ikut mata mcm nk masuk bilik tido je terus.  Tpi syg baru pukul 9.  Rasa mcm rugi pulak habiskan harini awal.  hihi  hmmm tumpang jari tengah rajin. Jadi,  aku nk share sikit pasal diri.  Ingat tak haritu, ada satu fenomena game #20thingsaboutme??  Haa actually aku pun terkena jgk game tu tpi pasai time tu busy dgn komitmen lain jadi aku tak sahut pun cabaran sahabat aku tu. Mueheheeh So, pasai dah mcm terlambat nk update kt ig maka aku update dkt blog bolehh? Tapi aku bg extra 5 lagi. Hii

Ok, tanpa berlengah masa mari kita kaji siapa sebenarnya aku ni. Haha ok bajet mcm artis pulak:(

1.  Nama diberi Norhazirah binti Mohd Sokri.  Nama yg simple sesimple orangnya.  Mak cakap tak mau letak nama panjang2 sebab nanti susah nk isi borang. Huahua oklah mak ok -_-

2.  Cukup pantang kalo orang sepahkan katil aku. Hukhuk sebab sebelum tido akan make sure katil bersih tersusun elok baru boleh tido dengan aman tenang dan harmoni.

3.  Suka bunga pink.  Especially daisy dan rose pink.

4.  Jenis spesies takut lipas.  Kalo ternampak lipas mmg konfirm2 takkan pegi area situ.  Biasanya, kalo nmpak aku akan jerit2 patu suruh sapa2 to kill that cockroach immediately. Haha kejam kannn

5.  Manusia yg tak banyak mulut.  Mulut ada satu saja.  Jenis bukan manusia ramah.  Tpi alhamdulillah sampai skang dgn sapa2 pun boleh bergaul.  Walaupun tak byk mulut tpi aku very easy going person.  Tak da masalah nk bergaul dgn orang walaupun dari background mana2.  Mungkin sbb dah biasa merantau kot.

6.  Takda specific warna kegemaran tertentu. Sebab tak suka stick dengan satu warna saja.  Bosan.  Aku suka cuba macam2 warna sebab percaya warna especially baju yg kita pakai bagi kesan dkt kita punya mood hari2.

7.  Suka pakai tudung bawal. kuno pn kunolah tapi mmg selesa yg tu.  Belit belit shawl tu time betoi2 rajin dan punya byk masa sahaja. Hehe

8.  Aku dan emak macam photostat.  Muka mmg iras betol2 mcm mak.  Dari dulu sapa nampak konfirm akan cakap 'muka hang mcm mak hang la'. Huuuu mgkin sbb tu kot aku plg dkt dgn mak, cpt paham apa mak aku rasa.

9.  Suka tersenyum sbb bila senyum rasa ceria.  Kadang2 aku tak sedar aku tga senyum. Tetiba hairan kenapa org tu senyum dkt aku. Rupanya ohhh aku yg senyum dlu dkt dia. Hahak

10.  Payah nak fall in love.  Jenis payah sungguh.  Tapi bila dah suka maka yg tu jelah.  Tak pandang yg lain.

11.  Suka lelaki yg ada sifat pemimpin dan soft spoken.

12.  Suka tgok baby or budak budak.  Tapi tak pandai layan sangat.  Dukung baby pn tak terer mana:( tapi mak kata nanti ada anak sendiri pandailah. Heheee

13.  Seorang yg sangat gila gila.  Kuat merapu.  Org yg betoi2 rapat ja tahu mcm mna aku punya merapu. Sopan tu hanya diluaran.  Haha kalo duduk satu rumah mesti lagi paham.

14.  Suka kuih kuih tradisional macam bahulu, kuih sepit, dodol dan sewaktu dengannya.

15.  Dulu kecik2 lasak.  Byk mulut.  Pokok, bumbung rumah org suma panjat. Bila usia kian dewasa, tuka karakter jadi pemalu pulak dah.

16.  Suka sembang dgn org tua2 especially nenek nenek.  Ntah kenapa, aku selesa bsembang dgn org yg pangkat tok2 ni.  Sbb cara depa cakap tuu lain dgn yg muda ni. Tpi sygg nenek aku kesemuanya meninggal time aku budak lgi:'(

17.  Kalo kena marah automatik menangis waktu tu jugak jugak. Jenis tak tahu malu and tak boleh cover. Haha

18.  Dulu  time sekolah pernah dapat tawaran asrama dua kali after upsr dgn pmr tapi dua2 tolak.  Sampai skang  hasrat nak duduk asrama tak tercapai.

19.  Teringin nak jadi cikgu.  Ramai cakap gaya cikgu tu ada dah.  Tapi syg takda rezeki kearah tu.  Takpelah, doakan mudah mudahan jadi lecturer pulak satu hari nanti.

20.  Jujur, tak hebat sangat dekat dapoq.  masih dlm proses belajar   Tapi dah berjanji dkt diri sendiri seblom kawen mesti terer atleast 50 jenis resepi. Tudiaaaaa..

21.  Sangat independent.  Jenis malu dan tak suka nk mintak tolong orang.  Walaupun sedara sendiri. Huhuuu

22.  Kalo makan burger, aiskrim mesti mulut comot.  Mungkin sebab mulut kecik kot -,-

23.  Suka biskut kering cicah air teh o panas.  Especially biskut marie.  Haha

24.  Impian untuk bina keluarga yg bahagia didunia dan akhirat.  Jika diberi peluang akan sedaya upaya menjadi isteri dan ibu yg baik.  Tetapi tetap perlukan sang suami utk memimpin. Heee

25.  Mudah selami perasaan orang.  Kalo tengok org nangis automatik nak nangis sekali. Hmm tak macho langsung.

Oct 15, 2014

Dia..

Dia...
Insan yg mampu menjagaku
Insan yang mampu membimbingku
Insan yg mampu menyebarkan rasa kasih

Dia..
Insan yg mampu mengawal degilku
Insan yg mampu menerimaku apa adanya
Insan yg sedia memaafkan kesilapanku

Dia..
Insan yg akan sentiasa disisiku
Insan yg setia dan ikhlas dengan diriku
Insan yg mampu membahagiakanku

Dia..
Insan yg mampu mencintaiku sepenuh hati
Insan yg mampu mengubah diriku
Insan yg sedia menampung cacat celaku

Dia..
Insan istimewaku di masa hadapan
Insan pilihan Yang Esa untukku
Yang akan bertemu pada suatu hari
Pada masa yg telah tertulis

Dia..
Suamiku..
Imamku..

Inshaa Allah..

Sep 25, 2014

Dulu dan Kini

Assalamualaikum..

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar

Malam ni, sebelum tido dengan mask bio essence yg tertempek di muka. Dengan muka yg kedinginan dan bajet fresh efek dari mask tdi mungkin.  Tetiba aku rasa nk jenguk balik blog aku yg penuh dgn sawang, habuk dan semak samun ini.  Tergerak hati nak baca balik suma post dekat blog ini. Haha jujur aku tergelak sendiri. Malu pun ada. Benda pertama terlintas di fikiran. "Awat macam budak budak sangat nie" Ishhh apalah agaknya yg aku fikir time aku karang post tu. Haha okay, never mind. Dgn segera pantas aku dah padam abis suma post post yg aku rasa tak bawak manfaat tu. Dan aku harap takda insan membacanya. Tapi ada jugak yg mmg sengaja aku biarkan sebab aku rasa patot dibiarkan. Mohon mengerti jiwa remaja time tu. Budak baru tinggal zaman sekolah. Gituuu lewwww. Fikiran pun mentah. Kesian. Ngehhh :D

Dan sekarang, kembalinya aku dengan imej yg mungkin lebih dewasa dari dahulu, lebih matang tapi masih terselit keremajaan. Cewahhh, taknak kalah tu. Hihi -___- dan aku harap proses kedewasaan ini berterusan. Dan suka untuk aku mengingatkan janganlah kita menilai orang tu berdasarkan kisah silamnya. Sebab semua orang berhak untuk berubah. Selagi masih bernyawa, pintu taubat sentiasa terbuka.

Okay, selamat malam. Mari tido. Ehh baru perasan banyak Dan dekat ayat atas tu. Ah biarkan malas nk edit. Kakaka.

Sep 24, 2014

Jatuh Bangun

Bismillahirahmanirahim...

Ketika jari jemari nie sibuk menekan bait2 aksara di telefon pintarku ini, hatiku sebenarnya sedang kecamuk, buntu. Entah kenapa, aku terlampau kecewa dengan jalan hidup aku ini. Tiba tiba aku terasa down. Entah ini down yg keberapa ratus kali yg aku rasa.   Setiap kali apa yg aku harapkan tak menjadi aku sering rasa lemah, letih dan hampir saja menyerah kalah. Lebih menyecewakan lagi, bila aku dah berusaha sedaya mungkin, tapi keputusan tidak seperti yang diharapkan. Aku tahu aku tak patut biarkan rasa ini lama menghantui hidupku. Kerna walau apapun, hidup ni harus diteruskan.

Ingat, setiap kali jatuh, pujuklah diri sendiri katalah sambil menepuk2 bahu "sabar, Allah ada". Mungkin belom masanya atau mungkin juga ada yang lebih baik menanti di hadapan. Sabarlah, everything will be alright. Masa, ye masa akan mengubah segalanya. Semoga hati ini akan terus kuat. Percayalah dgn takdir Allah S.W.T yg maha kuasa. Husnudzon la dgn perancangan dia. Sesungguhnya, dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya. Berdoalah, berusahalah. Sebab Allah takkan pernah membiarkan tangan yg menadah kepadanya dibiarkan kosong. Jika, doa kita belom dimakbulkan mungkin belom sampai masa yg sesuai. Atau mungkin jgk ada yg lebih baik menanti. In shaa allah, bila tiba masa yg sesuai, pasti Allah akan memakbulkan doa kita satu persatu. 

Hati ini, kita yang rasa, kita yang jaga. Bersabarlah. Kerna walau apa yg terjadi, hanya kita yg mampu merawat hati kita sendiri. Menangislah, jika itu saja yg mampu merawat kecewa di hati.

Hati, tolong kuat.