Jun 21, 2015

"Kepadamu Jodohku.."





Kepadamu jodohku

Yang Allah pilihkan untukku
Ketahuilah aku ini wanita biasa yang tidak lekek dekat kesilapan
Mungkin jua tidak sesempurna yang engkau bayangkan
Maka saat itu terimalah aku seikhlas adanya
Bimbinglah aku kejalan yang lurus
Kerana seperti yang engkau ketahui
Aku diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok
Jika engkau cuba untuk meluruskannya nescaya ia akan patah
Namun jangan pula engkau membiarkanku begitu sahaja,
kerana selamanya aku akan salah.
Sebaliknya tegurlah aku dengan hikmah dan kebaikan
Dan jangan pula engkau meninggikan suara padaku
Kerana lahiriahnya, jiwa aku jiwa wanita yang penuh dengan kelembutan


Kepadamu yang ditakdirkan untukku
Engkau adalah insan yang tertulis di luh mahfuz untukku
Insan yang ditunggu tunggu dan menjadi tanda tanya buatku selama ini
Ingin aku pesan buatmu,  aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu
Tapi aku berharap semoga ketidaksempurnaanmu dapat menyempurnakanku
Dan begitulah sebaliknya,  Aku mengharapkan engkau boleh menjadi imamku
Yakni, mengimamkan aku dari segenap hal dan bersama sama berubah ke arah jalan ilahi
Aku hanya berkehendakkan insan yang sentiasa sedar akan kekhilafannya
Serta segera kembali ke jalan ilahi setelah membuat kesilapan
Sesungguhnya Allah tidak menilai pada permulaan tetapi menilai di pengakhiran


Padamu yang Allah pilih sebagai arjunaku
Ingin aku ucapkan terima kasih kerana sudi menyuntingku sebagai surimu
Dari berjuta pilihan  yang ada,  hanya aku dimata dan hatimu
Maka terimalah aku dengan seikhlasnya
Curahkan segala kasih sayangmu kepadaku
Kerana dimataku engkau adalah yang terindah buatku
Kata-katamu adalah titah buatku
Selagi tidak bertentangan pada Allah,  akan ku turuti semua perintahmu


Padamu yang Allah pilihkan untukku
Ketahuilah,  sebelum aku bernikah denganmu
Aku hidup dan dibesarkan dari keluarga darah dagingku sendiri
Yang aku anggap mereka sebagai nyawaku
Maka, terimalah ketidaksempurnaan mereka sepertimana engkau menerima ketidaksempurnaanku
Anggaplah mereka seperti keluargamu sendiri
Dan janganlah engkau pisahkan aku dengan mereka dan janganlah engkau menyakiti mereka
kerana sesungguhnya aku dan mereka adalah satu
Sekali mereka terluka, aku jua turut terluka


Padamu yang Allah tetapkan sebagai peneman hidupku
Pintaku,  semoga cinta kita membawa kita ke syurga
Kerana bagiku engkau adalah kunci syurgaku
Ketahuilah dalam kita melayari rumah tangga,  akan ada ujian  yang datang
untuk menguji keutuhan cinta kita,  pada ketika itu  harapanku semoga kita kuat
Mungkin dengan ujian itu cinta kita akan lebih utuh dan segar


Padamu yang Allah takdirkan menjadi zaujku
Ketahuilah cara dan pemikiran kita mungkin berbeza
Aku adalah wanita yang difitrahkan dengan emosi yang pelbagai
Pemikiranku mungkin pendek, keputusanku dipengaruhi dengan emosi
Maka saat itu pintaku,  semoga ketenangan dan kesabaranmu dapat membimbingku
Dan aku yakin kematanganmu dapat membentukku
Yang mampu membuatku aman dan senang
dalam mengejar cita citaku menjadi isteri solehah buatmu


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku
Ketahuilah, walau bagaimana pun cara kita bersatu
Aku yakin engkau adalah yang terbaik untukku
Akan aku terima dengan seikhlas hati
Kerana takdir Allah tak pernah silap
Pilihan Allah adalah yang terbaik


InsyaaAllah......

May 29, 2015

Oh Malaysia Tanah Airku

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua rakan rakan sahabat sahabat sepupu sepapat sedara mara sekalian.  Sajalah buat havoc walaupun, pada hakikatnya aku rasa blog aku ni penuh dengan cengkerik mcm kat dalam hutan tu. Krik Krik Krik.  Haha sebabnya aku yang karang, aku yang taip dan yang paling sadisnya aku yang baca. Hehehehehh

Sementara tunggu nasi lemak yang aku makan tadi hadam elok dalam perut.  Jadi, aku pun terpaksa la kejap tahan mata ni dari tertutup.  Walaupun sebenarnya mata ni dah memang macam digam gam!  HuHu  Sambil mata terkebil kebil tak tahu nak buat apa.  Otak aku nie mulalah macam nak merancang sesuatu.   Kebetulan pulak gaji bulan ni baru ja masuk. hewhew  Jadi, perancangan yang elok tu is a MUST.  Kalau tak, duit habis jadi habuk taktahu pi mana.  Untuk pengetahuan semua, tahu tak setiap kali gaji aku mesti dibelenggu dengan kerisauan.  bukan apa, takot tersalah budget dan akhirnya merana di hujung bulan. 

Almaklumlah,  zaman sekarang nie Malaysia 2015 semua harga barang nak naik.  Habaq mai sat apa yang turun, habaq mai sat.  aku rasa setakat la hujan je kot yang turun. Hihi hmm harga tu naik satu bab ni kuantiti dikurangkan kenapa pulak dah.  Air kotak selalu aku beli Rm1.80 skang dah naik Rm2.25.  Sekali hirup ja dah habis :(  Dahla tu air fevret aku dari kecik bawak ke besar, sanggup tak sanggup mmg kena beli jugakla bagi hilang kempunan. sobs sobs  okay aku dah rasa aku membebel macam golongan mak mak.  haha

Hmm tu belom campur nafsu shopping sebagai seorang perempuan lagi.  Tengok baju berkenan tengok tudung berkenan haishhh.  Kadang kadang rasa macam nak main pesbuk dengan insta tapi nak tutup mata.  Sampaikan tenggelam habis update update dari kawan sendiri sebab penuh dengan iklan saja.  Mana tidaknya,  kita buka nak keep in touch dengan kawan tau perkembangan semasa sekali elok nak baca komen keluar la iklan abaya la, instant shawl la, losyen kurus la kat bahagian home tu.  Yang tangan ni pun galak pi tekan.  Elok tangan pi tekan tu, mau sejam gak la dok belek page tu satu satu.  Siap tengok dan kaji testimoni suma.  Pastu terkebil kebil jiwa memberontak nak beli.  hehe alahaiiii

Persoalannya sekarang nie macam mana nak kawal nafsu dari beli benda yang tak berfaedah. Antara kehendak dan keperluan.  Sifat boros tu amalan syaitan. Sama-samalah kita mengelak dari terjebak.  Tetiba teringat satu program yang aku pernah hadir.  Financial consultant tu cakap sepatotnya duit gaji kita tu tolak dulu semua komitmen dan simpanan.  Yang lebih tu baru buat shopping.  Jadi, kalo dah lepas tolak komitmen dan simpanan duit tinggal zero.  Makna kata kita mmg tak sepatotnya shopping bulan tu.  Kira dok nganga ja sampai hujung bulan.  hihi

Okla lenguh dah tangan menaip.  Lagipun aku rasa nasi lemak bersama sama ayam goreng aku makan tadi dah hadam elok dah dalam perut.  Jadi wajarlah aku tidur sekarang, kalau tak lagi besar la kantung mata aku ni mengalahkan panda.  Haha

Okay, wassalam..
Maaf salah silap
Jangan lupa sebelum tido baca doa dan maafkan semua orang dan juga mengucap mana tau tak bangun dah esok

(*_*)




May 10, 2015

Aku seorang pendosa

Buntu
Kosong
Keliru

Tiga perkataan yg menerangkan betapa kacau bilaunya perasaan aku sekarang. Tuhan, sungguh aku mencari damai dan ketenangan yg abadi.  Jika diberi ruang, ingin saja aku merantau seorang diri ke satu tempat yg jauh dari manusia. Muhasabah diri perbaiki segala kebocoran setelah hampir 25 tahun diberi keizinan untuk bernyawa di bumi Allah ini. 

Allah,
Sungguh aku malu denganMU.  Maaf selama ni aku lalai menjalankan tanggungjawab sebagai hambamu.  Maaf kerana aku gagal mengawal bisikan bisikan jahat dihatiku.  Maaf jua jika aku terlalu riak dgn apa yg aku ada.  Cabutlah segala nikmat ini jika itu yg melalaikanku.  Maaf sekiranya ada aku telah mengguris mana2 teman sekeliling.  Terima kasih Allah diatas segala tragedi yg berlaku dalam hidupku.  Aku tahu itu salah satu pengajaran berguna buatku ata mungkin jua kifarah.

Ya Allah, terlampau byk dosa dosa aku.

Maaf.  Astagfirullahalazim
Maaf.  Astagfirullahalazim
Maaf.  Astaghfirullahazim

Aku cuba untuk menjadi yg terbaik tetapi kadang kala aku gagal. Aku juga insan biasa yg tak akan pernah lepas dari kesalahan. Acapkali gagal dgn segala tipu daya iblis. Cemburu, serius aku cemburu dgn mereka yg mampu istiqamah di jalanmu Ya Allah.

Pimpinlah aku
Dampinglah aku dengan yg mereka yg selalu meletakkanMu di dalam hati.  Sungguhpun, aku tak setanding dengan mereka tapi aku percaya engkau maha pemurah dan pengampun.  Maka, permudahkanlah permudahkanlah

Bersihkan segala diriku dari segala nilai negatif.  Kumpulkan segala nilai positif dalam diri.  Dan jadikanlah aku juaaa insan yg mampu memaafkan semua org walaupun hati jauhh lebih terluka.  Kerana aku tak mahu menternak dendam serta benci dalam diri.

Sebab utamanya mudah kerana Aku mencari kebahagiaan yg hakiki dan abadi dan aku mengimpikan syurgaMU Ya Allah.

Insyaa Allah

Feb 2, 2015

"Menangislah"

Di saat hati dirundung kesedihan yang amat dalam
Terasa sakit yang sangat sukar untuk diungkapkan
Hanya air mata  mampu  menceritakan segalanya
Maka, teruslah melangkah
Jangan berpusing memandang lagi ke belakang

Masa akan merubah segalanya
Masa akan menghapus segala airmata
Masa akan menghapus segala memori dan kenangan
Sabar, berikan masa untuk  mengubati

Masa itu cinta
Dont rush it,  time heal❤

Sabar, sabar, sabar

Menangislah sedaya mampu tetapi jangan lupa bangun dan kembali senyum selepas puas menangis.

;)

Jan 13, 2015

P.U.J.I.AN

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang dan selamat hari selasa. Hihi petang ni aku punya banyak masa untuk bersenang lenang setelah pagi tadi menyibukkan diri mengemas rumah.  Fuhhhhh lega rasa lepas selesai kemas rumah, rasa macam pindah rumah baru.  Bagi orang perempuan seperti aku nie, pagi tu sebenarnya waktu yang paling sibuk dan petang pulak waktu bersuka ria.  Hehehehh

Tadi aku ada tertengok pasal satu video di youtube yg tlh dimuatnaik oleh seorang ustaz yg sangat terkenal,  dia ada menerangkan dengan sangat terperinci aku kira pasal penyakit 'Ain.  Wahhh rupa rupanya  pujian dan kekaguman orang terhadap kita pn sebenarnya boleh bawak penyakit.  Hmm Nauzubillahi min zalik.  Betollah orang cakap pujian itu ujian.  Sebenarnya  pujian ini lebih membawa kepada kesan negatif daripada positif.  Misalnya, pujian boleh mendorong seseorang untuk riak, ujub, dan takbur :(  Lagi memburukkan keadaan pujian ini boleh membawa kepada penyakit hati.  Contohnya hasad dengki.  Hmm sebab itulah disarankan kalo nak memuji biar dibelakang dan kalo nak menegur biar dihadapan. Nie kita tidak,  didepan bukan main puji melangit tapi dibelakang kutuk sebakul.  Huhu 

Tetapi aku rasa tidak salah kalo hendak memuji tapi biarlah berpada pada.  Kerana sebagai manusia,  mungkin pujian juga diperlukan untuk menaikkan motivasi seseorang ;) Tetapi sebagai manusia yang kerdil dan penuh dengan kekhilafan, aku berpendapat jika pujian itu melalaikan dan tidak membawa manafaat.  Maka, simpanlah.  Jangan disuarakan berulang kali.  Takut takut nanti mungkin pujian kita itu boleh mencetuskan riak dalam hati yang berkenaan.  Tidakkah ini akan mengundang kepada syirik kecil? Hmm  mari renung renungkan dan selamat beramal.  Pujian ini kelihatan mudah tetapi sekiranya terlampau kerap boleh mengundang padah.

Sebagai mengelak dari sebarang kesan yang tidak elok.  Alangkah baiknya jika sebelum kita memuji seseorang kita dahulukan dengan memuji Allah terlebih dahulu, Contohnya Subhanallah Cantiknya awak.  Dan dijawap pulak dengan Alhamdulillah, terima kasih.

Mudah bukan?? Mari amalkan. 

(^_^)