Jun 21, 2015

"Kepadamu Jodohku.."





Kepadamu jodohku

Yang Allah pilihkan untukku
Ketahuilah aku ini wanita biasa yang tidak lekek dekat kesilapan
Mungkin jua tidak sesempurna yang engkau bayangkan
Maka saat itu terimalah aku seikhlas adanya
Bimbinglah aku kejalan yang lurus
Kerana seperti yang engkau ketahui
Aku diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok
Jika engkau cuba untuk meluruskannya nescaya ia akan patah
Namun jangan pula engkau membiarkanku begitu sahaja,
kerana selamanya aku akan salah.
Sebaliknya tegurlah aku dengan hikmah dan kebaikan
Dan jangan pula engkau meninggikan suara padaku
Kerana lahiriahnya, jiwa aku jiwa wanita yang penuh dengan kelembutan


Kepadamu yang ditakdirkan untukku
Engkau adalah insan yang tertulis di luh mahfuz untukku
Insan yang ditunggu tunggu dan menjadi tanda tanya buatku selama ini
Ingin aku pesan buatmu,  aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu
Tapi aku berharap semoga ketidaksempurnaanmu dapat menyempurnakanku
Dan begitulah sebaliknya,  Aku mengharapkan engkau boleh menjadi imamku
Yakni, mengimamkan aku dari segenap hal dan bersama sama berubah ke arah jalan ilahi
Aku hanya berkehendakkan insan yang sentiasa sedar akan kekhilafannya
Serta segera kembali ke jalan ilahi setelah membuat kesilapan
Sesungguhnya Allah tidak menilai pada permulaan tetapi menilai di pengakhiran


Padamu yang Allah pilih sebagai arjunaku
Ingin aku ucapkan terima kasih kerana sudi menyuntingku sebagai surimu
Dari berjuta pilihan  yang ada,  hanya aku dimata dan hatimu
Maka terimalah aku dengan seikhlasnya
Curahkan segala kasih sayangmu kepadaku
Kerana dimataku engkau adalah yang terindah buatku
Kata-katamu adalah titah buatku
Selagi tidak bertentangan pada Allah,  akan ku turuti semua perintahmu


Padamu yang Allah pilihkan untukku
Ketahuilah,  sebelum aku bernikah denganmu
Aku hidup dan dibesarkan dari keluarga darah dagingku sendiri
Yang aku anggap mereka sebagai nyawaku
Maka, terimalah ketidaksempurnaan mereka sepertimana engkau menerima ketidaksempurnaanku
Anggaplah mereka seperti keluargamu sendiri
Dan janganlah engkau pisahkan aku dengan mereka dan janganlah engkau menyakiti mereka
kerana sesungguhnya aku dan mereka adalah satu
Sekali mereka terluka, aku jua turut terluka


Padamu yang Allah tetapkan sebagai peneman hidupku
Pintaku,  semoga cinta kita membawa kita ke syurga
Kerana bagiku engkau adalah kunci syurgaku
Ketahuilah dalam kita melayari rumah tangga,  akan ada ujian  yang datang
untuk menguji keutuhan cinta kita,  pada ketika itu  harapanku semoga kita kuat
Mungkin dengan ujian itu cinta kita akan lebih utuh dan segar


Padamu yang Allah takdirkan menjadi zaujku
Ketahuilah cara dan pemikiran kita mungkin berbeza
Aku adalah wanita yang difitrahkan dengan emosi yang pelbagai
Pemikiranku mungkin pendek, keputusanku dipengaruhi dengan emosi
Maka saat itu pintaku,  semoga ketenangan dan kesabaranmu dapat membimbingku
Dan aku yakin kematanganmu dapat membentukku
Yang mampu membuatku aman dan senang
dalam mengejar cita citaku menjadi isteri solehah buatmu


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku
Ketahuilah, walau bagaimana pun cara kita bersatu
Aku yakin engkau adalah yang terbaik untukku
Akan aku terima dengan seikhlas hati
Kerana takdir Allah tak pernah silap
Pilihan Allah adalah yang terbaik


InsyaaAllah......

2 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t

    Saudari,
    Satu coretan yang sungguh menarik dibaca sebelum memasuki alam perkahwinan.
    Penuh dengan kesangsian terhadap penerimaan sang putera terhadap bakal mempelainya. Setiap manusia itu sentiasa inginkan kesempurnaan di dalam alam perkahwinan iaitu kebahagian sehingga akhir hayat.

    Apa yang saya ingin ulaskan adalah setiap perkahwinan itu mesti ada ujian yang mendatang dan kita seharusnya tabah dalam menghadapi ujian tersebut. Ujian alam perkahwinan sebenarnya sungguh mencabar dan apa yang penting keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah swt.

    Hidup ini sungguh indah jika jodoh yang ditetapkan dapat memahami sepenuhnya isi hati kita dan kemahuan kita serta menerima kita seadanya. Tetapi yang tertulis di Lauhul Mahfuz bukan sahaja jodoh malah rezeki dan maut juga tertulis. Jadi kita haruslah seimbang dalam pemikiran kita dan sentiasa bersedia dengan ujian yang akan datang. Jika berlaku kesilapan segeralah bertaubat kepadaNya.

    Kadangkala yang kita rasakan yang terbaik itu tidak baik untuk kita, kerana itu dalam doa istikharah kita mohon Allah permudahkan jika ia baik untuk kita dan kita minta Allah jauhkan jika ia tidak baik untuk kita. Hanya Allah yang maha mengetahui. Tanggungjawab kita hanyalah untuk berusaha.

    Akhir sekali semoga saudari dapat bertemu imam yang dicari dan berbahagia ke akhir hayat sebagai isteri solehah. Jangan putus mencari keredhaanNya.

    Salam ramadhan
    Daripada insan biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt

      Masya Allah, terima kasih atas pandangan, nasihat dan juga doa. Saya sangat menghargainya.

      Salam ramadhan :)

      Delete