Dec 30, 2014

"Ku Menjemputmu 2015"



Selamat datang 2015
Jemputlah kami dengan kebaikan dan kegembiraan.
Semoga tahun ini membuka lembaran baru kepada kami.
Membawa seribu satu makna dan harapan
hapuskan segala airmata dari tahun tahun sebelumnya


Selamat datang 2015
Semoga tahun ini memberi kami sebuah erti dalam kehidupan
Memberi perubahan kepada kami dari segenap hal
Membawa kami kematangan dalam hidup
Memberi kami semangat untuk terus melangkah


Selamat datang 2015
Dekatkanlah kami dengan nilai nilai positif
Dampinglah kami dengan insan insan yang baik hati
Semoga kami kekal dalam rahmatNYA
Maruah dan agama kami sentiasa terpelihara


Selamat datang 2015
Sinarkan kami dengan keceriaan yang pasti
Jauhkan kami dari angan-angan kosong
Lenyapkan segala kisah silam yang duka
Bahagiakan kami dengan harapan yang asli


Selamat datang 2015
Ku menjemputmu dengan ikhlas
Bawakan kami ke jalan yang diimpikan
Moga segala harapan dan niat termakbul jua
Aminn ya rabbal alamin


Ikhlas dari,
Norhazirah Mohd Sokri

Dec 2, 2014

Things to Ponder



Assalamualaikum w.b.t
Malam nie, aku letih sangat. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 9 malam tapi mata ni macam dah berat terok.  Nie kalo dapat bantal kira syurga betol dah nie.  Sambil sambil tu handset dok tak berhenti henti bunyi tanda msg masuk.  Hmm tak lain tak bukan mesti dari group group wasap yang berlambak lambak dorang add aku tu.  Malas dahla aku nk mencelah.  Nanti kalo rajin aku scroll segala msg dorang sambil lebam.  Tau tak kadang kadang aku online kt wasap tu bukan msj sape pun, tapi kan tuu dok scroll baca msj depa bersembang berjela jelaa.  Huarghhhh..


Hmmmm sebenarnyakan aku letih nie, dalam letih letih tu sempat lagi aku terfikir macam manalah aku punya masa depan kan.  Gelapkah? Cerahkah? Orenkah? Ke kelabu kelabu asap? Kalaulah ada teropong canggih yg  dapat teropong aku punya masa depan kan.  Nak jugak aku teropong sapa yg bakal jadi teman hidup aku. Pato nak teropong jugak anak aku nanti berapa orang, muka depa nanti macam mana, ada ikut muka aku tak. Kahkah tak malu betol.  Nie kalo mak aku baca mauu aku sorok muka bawah tanah nie 44hari.  kihkih Haa jangan taktahu cik hazirah ni kuat berangan.  Tapi takpee berangan ni bagus sebenarnya dia macam satu doa.  Kita setkan dalam minda, kemudian kita berusahalah kearah itu.  Lagipun berangan ni free tak payah bayar.  Allah swt Maha pemurah, dulu aku selalu berangan nak masuk universiti, nak berdikari duduk jauh jauh, nak drive sendiri, nak keja ada duit sendiri, nak support mak, nak belanja orang.  Alhamdulilllah Allah swt makbulkan.  Walaupun lambat sedikit tapi DIA tetap makbulkan pada masa yang sesuai. Bertuahnya aku.  Sebenarnya ada lagi harapan harapan aku yg Allah swt makbulkan tapi malas la aku nk share.  Private and confidential.


Bila fikir fikir balik,  ada hikmah jugak kan Allah rahsiakan masa depan kita.  Yela, kalo masing masing dah tahu apa akan jadi pada masa depan diorang jadi mana nak datangnya kemanisan hidup tu?  Suprise dalam hidup tu dah takda.  Hidup akan hambar sebabnya suma orang dah tahu corak perjalanan hidup masing masing.  Jadi,  sebagai hamba yang kerdil nie, kita hanya perlu berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal kepada Allah swt.  Sebab Allah swt is the best planner.  Apa sahaja yang Allah swt pilih dan berikan kepada kita, Maka itu adalah yang terbaik. 


Oklah, cukup kot setakat nie.  Jomlah merehatkan diri.  Tapi sebelum tido tu mari baca doa dulu, istighfar banyak banyak sambil sambil tu niat dalam hati nak jadi insan yang lagi baik esok.  Aminn. Inshaa Allah, selamat malam.