Nov 19, 2014

Sekecil kecil ujian sebesar besar rahmat





Assalamualaikum..

Apa khabar kalian disana, semoga Allah s.w.t menjaga kalian.  Walau jauh dimata tetapi dekat dihati.  Harinie hampir dua minggu dari kejadian yang aku rasa sukar untuk aku lupakan.  Bagi orang lain mungkin biasa tapi bagi aku sendiri ia luarbiasa.  Dari dulu, aku agak ketinggalan dari rakan-rakan yang lain.  Ketika rakan lain dah mula panjang kaki bawak motor kesana sini drive kereta kehulur kehilir, tapi aku masih taktahu apa apa.  Aku masih bergantung harap kepada keluarga untuk kemana-mana.  Selalunya akan ada supir yg akan menghantar dan menjemput aku.   Keluarga terutamanya mak tak yakin untuk aku drive sendiri.  Sampailah satu masa barulah aku diberi 'lesen' oleh keluarga untuk berdikari . Itupun, jenuh puas aku merayu. Ketika itu, aku rasa seperti katak yang baru keluar dari tempurung.  Aku teruja.  Dan keterujaan itu akhirnya memakan diri.

Belom pun sempat aku puas menempiaskan rasa teruja itu.  Aku terlibat dalam satu kemalangan.  Kemalangan yang aku rasa satu nikmat sihat aku telah ditarik dengan sekelip mata.  Dugaan ini menyedarkan aku bahawasanya apa yang ada pada kita didunia hanyalah pinjaman semata mata.  Syukur alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk aku menghirup udara di bumi ini.  Ketika kemalangan, orang pertama yang terlintas di fikiran aku ketika itu hanyalah orang yg paling sayang di muka bumi ini, iaitu Mak.  Dengan sekelip mata,  nikmat sihat aku telah ditarik buat seketika. 

Namun, aku tahu dugaanku ini terlampau kecil jika nak dibandingkan dengan orang lain.  Kerap kali terpampar didada akhbar, kemalangan yang telah meragut nyawa orang tersayang, ada yang menjadi balu, duda dan anak yatim dengan sekelip mata.  Malah, ada yang terpaksa menanggung kecacatan kekal seumor hidup.  Allahuakbar,  Aku malu untuk merungut.  Apalah sangat dugaan aku ni dibandingkan mereka mereka yang lain.  Aku patut bersyukur dugaan aku ni terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih dahsyat dugaannya.  Bayangkan, dengan sekelip mata ada yang kehilangan kaki untuk berjalan, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan juga tangan untuk bergerak.  Harini kita mungkin berbangga kita sempurna tetapi jangan lupa ini semua hanyalah pinjaman semata mata.  Bila bila masa sahaja,  boleh ditarik nikmat ini semua oleh sang pencipta.  Tiada yang mustahil.  Jadi, sentiasalah bersyukur.  Sekurang kurangnya Allah masih memanjangkan pinjaman DIA ini kepada kita.  Sebagai manusia biasa kita tak tahu bagaimana perjalanan hidup kita dihadapan.  Jadi, gunakanlah pinjaman ini sebaik baiknya.


Alhamdulillah, walaupun kemalangan ini kecil bagiku tetapi ia menyedarkan aku tentang banyak perkara.  Terutamanya tentang nikmat sihat. Inshaa Allah, selepas ini aku akan lebih berhati hati.

Nov 15, 2014

Wanita Syurga Bidadari Dunia

Lagu  :  Wanita Syurga Bidadari Dunia
Oki Setiana Dewi ft Shindy


Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia


Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa


 Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa