Sep 3, 2012

Jom Control Marah -,-

Assalamualaikum.. 

Hari nie aku still kat rumah but next week dah terpaksa pulang ke kampus  bagi meneruskan perjuangan aku untuk mengenggam segulung ijazah.  Macam tak caye je cuti 2 bulan tu aku dah abiskan.  tapi apakan daya bumi arau tu start memanggil2 aku untuk pulang.  huwaaa. .

Ok, back to the topik. Sapa yang tak pernah rasa marah dalam dunia ni.  Mesti ada punyer even kucing aku pun pandai marah  terjerit-jerit *bila aku pijak ekor dia*.  Gajahhh pun reti marah jugak, kalo tak takde la istilah gajah naik minyak iye dak?  haha

Marah itu kan expression bila kita tak puas hati terhadap sesuatu benda.  Marah ni memang kena dilepaskan  kalo tidak selagi tula kita rasa tak puas hati, hati pun geram je memanjang.  jadi, jangan disimpan lelama marah dalam hati tu takot2 nanti kua jadi bom atom!  

Sebagai manusia biasa, aku pun fail jugak dalam bab control marah nie.  biasanya aku kalau marah aku akan diam mencuka dan takkan cakap sepatah pun sampai bila hati dah sejuk aku sendiri yang akan mulakan bicara.  

Papepon hari ni aku tetap nak share cara untuk control marah yang selalu aku gunapakai bila hati ni memberontak panas. hehe



1.  Fikirkan kesan kalo terlebih marah  - Bagi mengelakkan aku marah lebih2 so selalunya aku akan fikir ape side effect yg bakal aku dapat.  Agak2 aku akan menyesal tak nanti apa yg aku buat nie?  so dari situ aku pon mulalah tarik handbrek sket marah pun berpada-pada jer.


2.  Tangguhkan kejap marah  -  Maksudnya macam bila kejadian tu berlaku pagi tadi so aku takkan terus marah.  maybe aku akan tangguh jap sampai esoknya baru aku lepas apa yang terbuku di hati.  time tu maybe hati aku pun dah cool sket.  ayat yang kua pun xda la kejam sgt kan. hewhewhew..


3.  Istighfar  -  Sebagai seorang islam mestilah kena amalkan nie.  Banyak2 kan beristighfar kepada Allah SWT, ambil wuduk. InsyaAllah, syaitan dalam diri pun tak jadi nak hasut lebih-lebih.


4.  Luahkan kepada orang lain  -  Cara ni korang boleh apply kalo dah tak boleh sangat nak bersua muka dengan orang tuu. takot2 nanti kalo korang g marah dekat dia elak2 makin membuak2 je rasa marah tu kan so cara selamat pegi luahkan kat orang lain suh dia tolong sampaikan kejap. -,-


5.  Larik jauh-jauh !!   -  Kalo dah cukup 44 kali si dia tu asyik buat hati kita bikin panass je cakap pun main ikut sodap mulut ja kan.  So watpe lagi kita nak kawan dengan dia kan.  cara terbaik adalah larik jauh2.  cari je member laen.  Kita pun takdelah asyik nak marah2 jgk kan. cepat tuo taw! xmo2..

6.  Berdoa  -  Selalunya kita marah mesti bersebab kan.  Jadi, berdoa la kepada Allah semoga segalanya dipermudahkan takde banyak halangan.  Mohon kepadaNYA agar diberi kesabaran dalam segala hal  :)

heh itu je kot asenya setakat ni, yang penting marah mesti dilepaskan secara berhemah xmo pendam2 dalam hati takot nanti kang jadi kanser hati lak. huhuhu !_____!



p/s :  elo control macho/cun boleh takkan control marah tak boleh kot ;p





Sep 1, 2012

K-A-H-W-I-N



Ehem ehem ehem. Memang sudah jadi fitrah manusia kan nak hidup berpasang-pasangan.  even kalo kita kaji dari segi psychology pun ada sebut pasal bab ni.  contohnya mcm mcClelland Need theory pn ada sentuh pasal relationship bagai ni.  


Jadi, tak hairan la kan kalo semua sekarang ni dok sibuk mengupdate topik ni kat pesbuk or twitter erk? kuikui. Memang banyak la aku baca dari kengkawan kat laman muka buku tu yang asyik asyik update pasal kahwin/nikah ni.  Tapi mak aku cakap orang dulu2 especially gurl la kalo bab kahwin ni cukup malu nak cakap. Alah itu dulu sekarang suda lain. zaman cyber katenyer. huahua..


Berbalik kepada tajuk asal iaitu K.A.H.W.I.N aku pon sebenarnya tak terlepas dari bab ni.  even umor aku still dalam lingkungan orang tak wajib kahwin tapi asal aku balik kampung ja tak pon pegi kenduri mana2 ada la sedara sepapat, mokcik pokcik yang mengajukan soalan lebih kurang cenggini zirah hang bila nak kenduri? bila nak langsung? bila plak? bila bila bila? aiseyyyyhhh.


Tak kureng tuuu ada jugakk yang berkenan nak buat menantu. yang ni lagi parah.  Banyak kali dah aku kena macam ni.  ingat lagi aku dalam satu incident time tu aku hulur tangan nak salam dengan mak cik ni tetiba dia pegang tangan aku kuat2 pato dia tanya 'jadi menantu makcik mau' ? aku yang terkezut plus malu tahap dewa hanya mampu senyum2 kambing. nak jawab ye pon salah tidak pon salah. huhuhu..


Bagi aku kahwin ni bukan perkara yang mudah semudah ABC cekodok basi.  Kahwin ni untuk seumo hidup so sebelum aku kahwin tu atleast kenalah persiapkan diri dulu dengan ilmu agama, ilmu di dapur, etc.  so,takde la malang sangat sape yang dapat aku tu kan..hewhew


Hengat ye kawan kawanku, kahwin ni tak seindah yang digambarkan.  Kalau time couple pun dah macam2 masalah haa kahwin lagi terok taw. fikir-fikirkanlah. jangan kerna geram tengok orang pakai cecantik time kahwin so kita pon sibuk nak kahwin cepat. taknak taknak taknak *versi prof izzy*  heheh  Dah betol2 bersedia baru kahwin oke @____@


kepada kengkwan yang dah kahwin tu siyes anda memang membuatkan saya jelez ! tapi apakan daya aku belom bersedia macam dorang.  


holoh holoh so sweeeeeeeeetttt ;p



p/s :  kepada si dia walaupun ramai yang mempertikaikannya what only i can says is nobody is perfect and i know you more than they know you :)