Sep 7, 2011

Debaran kian dirasaii

Pertama sekali aku nak panjatkan kesyukuran sebab komputer riba kesayangan aku dah pulang ke pangkuan selepas beberapa bulan aku hantar warranty dan akhirnya alhamdulilah dah oke sekarang. Disaat beberapa hari lagi aku akan bakal menjengah ke alam universiti tempat dimana sudah menjadi impian aku dari kecik2 lagi. huhu gembira gembira jugak tapi neves weyhhh!! uwaaa, macam tak mau pegi la pulak. macam2 aih bermain kat kepala hotak ni. hukhuk..

siyess aku takot nak pegi sana lagi2 bila dengar macam2 ada orang yang tak dapat cope dengan environment or subject tu last2 amik keputusan berhenti. huhu nauzubillahilazim arap2 la aku kuat dan mudah2 an Allah permudahkan urusan aku disana. So far segala persiapan aku kat sana dah 90% dah siap cuma jiwa aku je belom ready. takot entah kenapa debaran kali ni macam over pulak dari time diploma dulu. padahal dulu diploma lagi la jaoh dari family n tak taw pape bawu 18 taun kan. nih setakat perlis je cehh tiap2 minggu aku bole balik kot. !_!

ape dah, makin tua makin lemah semangat pulak. haha ketaq aih. mak tolong kak!! tolong teman kak tido, teman kak p kelas sat nah. *kalo la bole kan* hehe. Walaupun kehidupan aku kat perlis tanpa orang2 kuat aku lagi seperti mana kat johor dulu tapi perjuangan harus diteruskan. terpaksa la aku cari teman2 baru. bak kata orang buka buku baru la pulak. insyaAllah kalo ulat dalam batu pun bole hidup takkan la aku tak bole hidup kot kat perlis tu walaupun sorang2 kannn :(

kenevesan yg tak dapat dibendung lagi...



Aug 20, 2011

Indahnya Memberi Pertolongan

Tahukah anda bahawa dalam hidup ini sebenarnya cuma ada beberapa perkara sahaja yang  boleh memberikan kita perasaan yang sukar untuk diungkapkan? it's a good feeling that is hard to describe. Salah satunya ialah dengan memberi pertolongan :)

Tak kesah la walaubagaimana bentuk pertolongan yang diberi bila kita dapat tolong seseorang itu selesaikan dia punya masalah ia satu perasaan yang sangat best!!!! (*_~)

Walaupun,kadang-kadang benda tu agak menyusahkan diri kita tapi itu tidak boleh ditukar ganti dengan satu perasaan yang sangat baik yang akan kita dapat lepas tu (= . Orang jugak akan lebih menghargai kita berbanding dengan orang yang mementingkan diri yg sentiasa disisih.  

Sesetengah kes tu,kita tak mampu nak tolong apa2, cuma yang termampu hanya mendengar dan menghulurkan bahu untuk dipinjam itu pn cukup memadai sebab sekurang2 nya dengan kita mendengar dan bagi sedikit pandangan tu bole mengurangkan sikit masalah mereka.

Satu pengiktirafan sebenarnya kalo ada orang sudi nak share story dengan kita bcoz it means that kita nie boleh dipercayai & diharap. Dan agak malang untuk sesiapa yang takda orang nak share perasaan or apa2 masalah dengan dia.

Dan benda ini akan jadi lebih bermakna kalo kita buat dengan seikhlas yang mungkin. Tak kesah la walaupun kita sendiri sedang berperang hebat dengan masalah peribadi tapi dengan keikhlasan kita menolong orang nescaya Allah jugak akan menolong kita.

Walaupun,kadang-kadang kita rasa kita sentiasa tolong orang tetapi bila kita sendiri yang perlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan it's ok bcoz Allah (S.W.T) is always by our side..dont be sad ^_^ 

Mohonlah bantuan dengan Allah (S.W.T) kerana Ia mampu menyelesaikan semua masalah dan memberikan ketenangan yang diimpikan kerana sememangnya Allah (S.W.T) Maha Mendengar.. sekian.



Aug 14, 2011

De Making Of Hari Raya

pejam celik pejam celik dah dua minggu kan kita berpuasa tak lama lagy dah nak raya,waaa bila sebut pasal raya kompem suma sibuk nak shopping raya kan kan. Nak beli baju raya kasut raya kereta raya barang kemas raya rumah raya hahhh sumalah raya kannn!!! :)) and the best thing is yg kekedai bebanyak kat lua sana tuh plak sibuk nak buat SALE. Jualan hebat 20% 50% 75% suma ada kan,100% tak dak plak??hehe 


Tapi kekadang aku nengok yang kedai buat sale tu cakap je SALE 50% tapi harga mahal jugak,haha nie kompem dowang dah markup seksiap then turunkan harga tu blek padahal dah memang harga tu cenggitu pom. haa,jangan tertipu nohh..


Taun nie,aku punya persiapan baju raya kira awal jugak lah,baru dua minggu puasa aku dah lengkap baju raya aku 3 pasang...haa,awal tak??orang laen baru sibuk nak shopping raya aku pulak dah siap dengan baju2 aku tuh. tak best kan. Mana feel shopping raya tu? uwaa :(( dhla taun nie aku shopping raya dah tak dengan aku punya gula hati and kengkawan. Kalo dulu boleh la dapat duit ptptn pato time tak da class maka ape lagy shopping2 mall kat jb tula sasaran kami,haha walaupun kua panas2 terik tu sampai la pas bukak posa langsung tak penat deh excited shopping punya pasal..very miss la that moment  ^_^


Tapi paling aku fobia sekali kalo beli baju kurung dekat plaza kota tinggi tu,haha takot sama je dengan budak2 instedt. Almaklumlah suma pakat dok shopping raya kat situ lagy pn memang tmpat tu terkenal dengan baju2 kurung dia yang agak murah. So,tak heran lah kalo pegy kelas je ada la ternampak jap g senior or junior pakai baju sama!!! hahaha....


aisehhh,seyes rindu la sesangat nak shopping raya dengan kamoo suma,jommm larhh teman aku shopping kat sini..kita pusing satu persatu mall carik baju raya n kasut raya. vincci, summit suma kita try kan. hehe tapi yang best bagi aku time nak prepare raya je excited tu bukan main tapi bila dah raya tu takda la best pom. yelah bila dah besar sambutan raya tu da kurang. huhu 



May 15, 2011

Aku Sebagai Minah Kilang ^_^

Hari nie aku nak cerita sikit pengalaman aku kerja 2 hari ni kat satu kilang yang agak ternama jugak lah di Malaysia nie.... cewahh citer iye2 macam jawatan CEO ja padahal Operator je kot...haha Dalam pada suma orang sibuk mencari kerja part time terutamanya budak2 U yang cuti lebih kurang 4 bulan tu aku pon tidak ketinggalan sama. Aku pun sibuk jugak cari keja sampai satu tahap aku rasa macam dah give up gitu yela aku ni transpot tak da so kalo nak keja kena lah cari keja yg dowang providekan transpot...and nak cari keja yang providekan transpot bukan senang yerk,alahai... sampai la tiba-tiba satu hari ni aku dapat kol dari sorang uncle nie dia suruh aku datang kilang tu keesokan harinya....ha mesti korang pelik kan macam mana uncle ni boleh taw aku tengah cari kerja.. sebenarnya aku ada bagi no tepon kat mudah.com...dari situlah kot uncle nie taw aku tengah cari kerja..hehe..ok,lepas aku dapat panggilan dari uncle tu aku pon pikir la masak2 nak pegi ke tak nak sebab kalo aku pegi aku sorang2...tapi last2 aku tekad pegi jela testing je dulu...hihi

pagi2 buta tu aku pon seksiap la pegi dengan penuh tawakalnya moga2 kat sana nanti jumpa kawan and alhamdulillah aku dapat sorang kawan nie kebetulan dia pon datang sorang2 jugak...so,kami pn berkepit la macam dah lama kenal sampai suma yang nampak kami mesti cakap kami nie macam adik ngn kakak muka lebih kurang,hahaha padahal bawu kenal ja tadi...heheh lawak2...

selepas agak lama jugak la kami diberi taklimat n penerangan serba sedikit pasal gaji ngan suma peraturan kat kilang tu lepas tu kami berjumpa plak ngan kakak sorang nie aku tak taw la ape position dia kt kilang tu tapi dia la yg membahagikan kami2 suma nie keja mana. mula2 dia tengok aku terus dia cakap tengah belajar ka?? dalam hati aku cakap haiyak macam mana dia boleh detect ni yela kalo kantoi aku tengah belajar mestilah kilang tak mo amik kan...aku cakap takla,dah abis...(mmg betol pn) pato dia cakap kos ape?? aku jawab la kos office management....pato dia anggok2 tak kemudian lepas tu dia bagi aku keja dalam office,hehe macam best je kan nak apply operator tapi dapat keja office....tapi aku tak nak aku tolak keja opis aku cakap ngan dia aku nak masuk line jadi operator ja,(kurang cerdik kan) hahaha...of kos la aku ada sebab-sebab tertentu kenapa aku tolak...malas nak explain nanti panjang cerita..huhu..dah dekat2 nak balik,aku pon masuk line kira buat keja2 operator la macam suma orang...hari pertama macam best la walaupun penat jugak  berdiri ja tapi aku masih boleh releks2 sembang2 termenung sana termenung sini...

tapi tidak hari yang kedua nie,hari kedua aku memang stat 7 pagi sampai 7 malam berdiri ja pato tangan ketok ketak buat bendallah barang kilang tu...lenguh gila satu badan baru pukul 9 pagi aku dah pkir nak balik,kaki lenguh berdiri...tapi dalam hati takpelah sabar2...lepas tu lepas ja rehat pertama tetiba ada abang sowang ni panggil aku duduk line lain,dia suh aku belajar pasang skru....first2,memang la aku tak pandai kakak2 nie ketawakan aku ja (kuang asem) tapi lama2 aku dak pakar dah kejap je aku buat...hehe tapi kaki tetap la lenguh sampai aku rasa nak duduk bersila ja kat lantai tu bayangkan la aku berdiri dari pukul 7 pagi sampai la nak tunggu 7 malam tu alahai lambatnya ase...
penatnya juga ea keja kilang...boleh kurus aku kalo kerja lama2,hehe

aku ada jugak la nak mengular kejap konon2 nak gi toilet yela lenguh ja berdiri kat situ ja memanjang tapi akak ni tak bagi dia cakap tak da orang ganti kalo aku kua...alahaiii,,dahsyatnya....dlm hati berdesik aku ni manusia bukan mesin!! hehe takpe2 sabar2...jadi untuk ilangkan lenguh kaki n sakit pinggang aku tu yg berdiri lama aku pn goyang2 kan lah kaki aku buat senaman sikit tapi tetap tak menjadi yela dah berdiri lama sangat lebih kurang 12 jam gitu :(  Apa yang aku bole buat time tu hanyalah tahan kesakitan yang aku alami tu...sampai pucat2 muka aku dalam pada tu aku berjanji aku takkan datang lagi dah esok!! cukup la hari nie saja....huahua.. 

lepas peristiwa tu baru la aku sedar susahnya nak dapat duit haip sebelom2 ni pn sedar jugak tapi kali ni lebih realise betapa susahnya nak dapat duit walaupun cuma rm10. penat letih suma ada tapi nak abiskan duit tu kejap je kan....ni pengajaran la buat anak2 sekarang nie yang suka bazir2 kan duit tok benda tak berfaedah contohnya macam topup kredit suma tu kan bek bawa2 lah menabung pasni kesian mak bapak tuh keja penat2 tapi kita senang ja habiskan,haishhh :((