Aug 20, 2011

Indahnya Memberi Pertolongan

Tahukah anda bahawa dalam hidup ini sebenarnya cuma ada beberapa perkara sahaja yang  boleh memberikan kita perasaan yang sukar untuk diungkapkan? it's a good feeling that is hard to describe. Salah satunya ialah dengan memberi pertolongan :)

Tak kesah la walaubagaimana bentuk pertolongan yang diberi bila kita dapat tolong seseorang itu selesaikan dia punya masalah ia satu perasaan yang sangat best!!!! (*_~)

Walaupun,kadang-kadang benda tu agak menyusahkan diri kita tapi itu tidak boleh ditukar ganti dengan satu perasaan yang sangat baik yang akan kita dapat lepas tu (= . Orang jugak akan lebih menghargai kita berbanding dengan orang yang mementingkan diri yg sentiasa disisih.  

Sesetengah kes tu,kita tak mampu nak tolong apa2, cuma yang termampu hanya mendengar dan menghulurkan bahu untuk dipinjam itu pn cukup memadai sebab sekurang2 nya dengan kita mendengar dan bagi sedikit pandangan tu bole mengurangkan sikit masalah mereka.

Satu pengiktirafan sebenarnya kalo ada orang sudi nak share story dengan kita bcoz it means that kita nie boleh dipercayai & diharap. Dan agak malang untuk sesiapa yang takda orang nak share perasaan or apa2 masalah dengan dia.

Dan benda ini akan jadi lebih bermakna kalo kita buat dengan seikhlas yang mungkin. Tak kesah la walaupun kita sendiri sedang berperang hebat dengan masalah peribadi tapi dengan keikhlasan kita menolong orang nescaya Allah jugak akan menolong kita.

Walaupun,kadang-kadang kita rasa kita sentiasa tolong orang tetapi bila kita sendiri yang perlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan it's ok bcoz Allah (S.W.T) is always by our side..dont be sad ^_^ 

Mohonlah bantuan dengan Allah (S.W.T) kerana Ia mampu menyelesaikan semua masalah dan memberikan ketenangan yang diimpikan kerana sememangnya Allah (S.W.T) Maha Mendengar.. sekian.



No comments:

Post a Comment