Sep 3, 2012

Jom Control Marah -,-

Assalamualaikum.. 

Hari nie aku still kat rumah but next week dah terpaksa pulang ke kampus  bagi meneruskan perjuangan aku untuk mengenggam segulung ijazah.  Macam tak caye je cuti 2 bulan tu aku dah abiskan.  tapi apakan daya bumi arau tu start memanggil2 aku untuk pulang.  huwaaa. .

Ok, back to the topik. Sapa yang tak pernah rasa marah dalam dunia ni.  Mesti ada punyer even kucing aku pun pandai marah  terjerit-jerit *bila aku pijak ekor dia*.  Gajahhh pun reti marah jugak, kalo tak takde la istilah gajah naik minyak iye dak?  haha

Marah itu kan expression bila kita tak puas hati terhadap sesuatu benda.  Marah ni memang kena dilepaskan  kalo tidak selagi tula kita rasa tak puas hati, hati pun geram je memanjang.  jadi, jangan disimpan lelama marah dalam hati tu takot2 nanti kua jadi bom atom!  

Sebagai manusia biasa, aku pun fail jugak dalam bab control marah nie.  biasanya aku kalau marah aku akan diam mencuka dan takkan cakap sepatah pun sampai bila hati dah sejuk aku sendiri yang akan mulakan bicara.  

Papepon hari ni aku tetap nak share cara untuk control marah yang selalu aku gunapakai bila hati ni memberontak panas. hehe



1.  Fikirkan kesan kalo terlebih marah  - Bagi mengelakkan aku marah lebih2 so selalunya aku akan fikir ape side effect yg bakal aku dapat.  Agak2 aku akan menyesal tak nanti apa yg aku buat nie?  so dari situ aku pon mulalah tarik handbrek sket marah pun berpada-pada jer.


2.  Tangguhkan kejap marah  -  Maksudnya macam bila kejadian tu berlaku pagi tadi so aku takkan terus marah.  maybe aku akan tangguh jap sampai esoknya baru aku lepas apa yang terbuku di hati.  time tu maybe hati aku pun dah cool sket.  ayat yang kua pun xda la kejam sgt kan. hewhewhew..


3.  Istighfar  -  Sebagai seorang islam mestilah kena amalkan nie.  Banyak2 kan beristighfar kepada Allah SWT, ambil wuduk. InsyaAllah, syaitan dalam diri pun tak jadi nak hasut lebih-lebih.


4.  Luahkan kepada orang lain  -  Cara ni korang boleh apply kalo dah tak boleh sangat nak bersua muka dengan orang tuu. takot2 nanti kalo korang g marah dekat dia elak2 makin membuak2 je rasa marah tu kan so cara selamat pegi luahkan kat orang lain suh dia tolong sampaikan kejap. -,-


5.  Larik jauh-jauh !!   -  Kalo dah cukup 44 kali si dia tu asyik buat hati kita bikin panass je cakap pun main ikut sodap mulut ja kan.  So watpe lagi kita nak kawan dengan dia kan.  cara terbaik adalah larik jauh2.  cari je member laen.  Kita pun takdelah asyik nak marah2 jgk kan. cepat tuo taw! xmo2..

6.  Berdoa  -  Selalunya kita marah mesti bersebab kan.  Jadi, berdoa la kepada Allah semoga segalanya dipermudahkan takde banyak halangan.  Mohon kepadaNYA agar diberi kesabaran dalam segala hal  :)

heh itu je kot asenya setakat ni, yang penting marah mesti dilepaskan secara berhemah xmo pendam2 dalam hati takot nanti kang jadi kanser hati lak. huhuhu !_____!



p/s :  elo control macho/cun boleh takkan control marah tak boleh kot ;p





No comments:

Post a Comment